Jumaat, 31 Oktober 2014

Pengalaman Bisnes Tanpa Modal

Desakan keperluan hidup, harga barang yang semakin tinggi, nilai mata wang yang semakin mengecil, membuatkan ramai pihak mahu menjana pendapatan sampingan. Yang nyata, di antara yang paling popular ketika ini adalah bisnes di atas talian. Saya pernah dihubungi oleh seorang sahabat, meluahkan keinginan hendak memulakan bisnes secara online. Namun kekangan utama beliau ialah 'modal'..

Lantas saya teringat, kenangan-kenangan lalu. Satu demi satu, album memori kehidupan saya sebagai peniaga kecil-kecilan terpampang semula. Saya memang suka bisnes, dari zaman belajar lagi. Sanggup ikat perut supaya wang yang ada boleh dijadikan modal. Tapi seingat saya, tak pernah untung pun. Haha.. Lucu pun ada bila diingat. Berniaga semata-mata kerana minat, kerana mahu wang lebih, tapi tiada ilmu. Itulah jadinya..


Saranan PM: Rakyat diminta manfaat internet jana pendapatan..

Bila mula pandai berinternet keinginan berniaga datang lagi. Ya lah, mahu sahut seruan PM katanya. Kalini jual macam-macam melalui internet; keronsang, kain pasang, batik sutera, macam-macamlah. Alhamdulillah, masa ini sudah nampak apa itu untung. Tapi kerana modal yang dikeluarkan agak besar (masa itu lebih seratus saya anggap besar), tetapi aliran masuk keuntungan perlahan, sekali lagi semangat itu luntur. Bisnes pun, nampak macam main-main..

Melalui pengalaman dalam dunia bisnes kecil-kecilan itu, saya belajar bahawa berniaga tanpa ilmu tidak menjanjikan kejayaan. Saya juga belajar, modal besar bukan jaminan mendapat untung yang cepat dan besar.

Sehinggalah pada penghujung tahun 2012, saya terjumpa info mengenai dropship. Secara ringkasnya, dropship adalah bisnes tanpa modal di mana kita bertindak sebagai ejen pemasaran bagi pihak tertentu. Saya ada kongsikan info tentangnya dalam entry terdahulu, Apa Itu Dropship?

Saya menyertai 3 syarikat yang menawarkan program dropship sekaligus. Melalui program ini, saya mula merasai keuntungan yang 'nampak dan jelas'. Bisnes dropship mungkin menawarkan keuntungan yang sederhana, tetapi jika rajin membuat promosi, aliran komisyen akan masuk ke dalam akaun tanpa henti. Kelebihan menyertai program dropship, selalin tanpa modal, kita akan dibimbing bagaimana cara untuk membuat promosi dan jualan. Jadi, tiadalah istilah berniaga tanpa ilmu. Menarikkan?


Kenangan; salah satu pakaian yang saya pernah jual melalui program dropship..

Awal 2013, saya mula aktif sebagai ejen jualan langsung sebuah syarikat pengeluar makanan tambahan terkemuka dunia. Menariknya, ia juga satu perniagaan tanpa modal. Saya menguruskan perniagaan ini juga melalui atas talian. Ada pembelian, pelanggan membuat bayaran, saya hantar pesanan kepada syarikat, dan syarikat yang akan menguruskan penghantaran kepada pelanggan. Wah, lagi menarik bukan? Cuma, dalam situasi ini ada yuran keahlian dikenakan. RM75.00 sahaja seumur hidup, alhamdulillah terus balik modal dalam bonus pertama saya dulu..


Antara kenangan manis saya dalam dunia jualan langsung..

Berada di atas talian, menyertai laman-laman sosial, membawa kita mengenali ramai sahabat-sahabat baru. Salah seorang sahabat baru saya ialah Puan Normie. Melaui post-post beliau di FB membawa saya mengenali Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Ogos 2014, secara rasmi saya menjadi ahli ABDR. ABDR diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. Psssttt, mari bisik-bisik; "saya dah dapat income dari ABDR". Wah, dunia perniagaan saya semakin menarik. Semuanya hanya dari rumah dan di hujung jari. Alhamdulillah..


Logo rasmi ABDR. Comelkan?

Mahu tahu lebih lagi dan lagi? Mahu tahu lebih lanjut tentang peluang bisnes tanpa modal? Jangan malu-malu hubungi saya, insyaAllah saya kan beri info yang bersesuaian dengan situasi puan-puan semua. Iye lah, situasi setiap individu tidak sama bukan?

Hubungi saya melalui:
Email: zefa_asmara@yahoo.com
FB: Ibu Yusuf dan Maryam ( https://www.facebook.com/messages/ZefaNorAsmara ) 

Salam sayang;
Zefa NorAsmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah 


Ahad, 12 Oktober 2014

Jentikan Manja Penyedar Alpa

Hampir dua minggu sudah rupanya Jurnal Inspirasi Ibu ini terbiar sepi. Sebuk benarkah saya ini? Jika masa dijadikan alasan, orang lain juga mempunyai jumlah masa yang sama. Masing-masing mempunyai 24 jam sehari kurniaan Allah, tidak lebih mahupun kurang walau seminit. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Dalam hal saya ini, tiada alasan lain sebenarnya selain alpa. 

Hingga lah saya menerima 'jentikan manja' dari Puan Normie mentor blog saya. Rindu katanya dengan penulisan saya. Allah, Allah, Allah.. Tiada bahasa arahan, tiada ertikata menyuruh, tetapi ayat itu sendiri satu jentikan yang membangkitkan saya dari alpa.


Sekadar gambar hiasan, pengantin lama berusia 11 tahun. Pria itu juga selalu 'menjentik manja' isterinya jika alpa.. ;-)

Blog bagi sesetengah pihak mungkin untuk suka-suka, sebagaimana saya sendiri suka-suka di Jemari Asmara. Tetapi 'jentikan manja' itu juga menyedarkan saya bahawa Jurnal Inspirasi Ibu ini adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk mencari dan memberi inspirasi. Tanggungjawab untuk berkongsi perkara yang baik-baik kepada semua pembaca, terutama para suri.

Terima kasih cikgu untuk 'jentikan manja penyedar alpa' itu..

Inilah untungnya berada di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Akademi yang diasaskan dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. Namun natijahnya lebih dari itu. ABDR juga merupakan medium untuk kalangan suri saling berganding bahu dan mencetus inspirasi sesama sendiri.

Untuk yang belum tahu, akademi ini menawarkan tenaga pengajar yang bersedia memberikan khidmat latihan dalam talian untuk membantu kaum suri memulakan perniagaan secara online. 

Sama ada sudah ada perniagaan sendiri, ataupun masih tercari-cari apa yang mahu diniagakan, ada produk sendiri atau pun tiada, anda dialu-alukan menyertai kami.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi saya melalui:
Email: zefa_asmara@yahoo.com
FB: Ibu Yusuf dan Maryam ( https://www.facebook.com/messages/ZefaNorAsmara ) 

Salam sayang;
Zefa NorAsmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah