Khamis, 20 November 2014

5 Aktiviti Harian Semasa Cuti Sekolah


Tinggal sehari sahaja lagi sesi persekolahan bagi tahun 2014 akan berakhir. Anak-anak pelajar akan bercuti panjang sebelum melangkah ke sesi persekolahan pada tahun hadapan.
Sekarang ini pastinya para ibu bapa sedang merangka dan merancang aktiviti berfaedah untuk anak-anak mereka sepanjang cuti sekolah. Ada yang merancang percutian sama ada di dalam atau luar negara, ada yang mahu balik ke kampung halaman, ada yang telah mendaftar dengan kem-kem cuti sekolah, kem-kem tahfiz dan sebagainya.
Bercuti ke, pergi kem ke, balik kampung ke, tidaklah sepanjang cuti kan? jadi, bagaimana pula dengan aktiviti harian? Tanpa perancangan, cuti sekolah anak-anak mungkin hanya akan dipenuhi dengan menonton televisyen dan bermain sahaja.
Saya kongsikan di sini 5 perancangan aktiviti harian semasa cuti sekolah untuk anak-anak saya sementara menunggu ayah mereka dapat mengambil cuti untuk kami balik kampung dan bercuti.
1. Gotong royong membersihkan ruang belajar dan bilik tidur
Bila sesi persekolahan berakhir, pastinya banyak buku-buku dan nota-nota lama yang perlu diasingkan bagi memberi laluan kepada buku-buku baru untuk sesi persekolahan akan datang. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk anak-anak bergotong royong bersama adik beradik yang lain untuk membersihkan ruang belajar masing-masing.
Anak-anak saya mempunyai ruang belajar di dalam bilik masing-masing. Maka sambil membersihkan ruang belajar, saya akan ambil kesempatan tersebut untuk memastikan mereka mengemaskan keseluruhan bilik tidur itu sendiri.
2. Bercucuk tanam
Saya merancang untuk mewujudkan program pokok angkat kepada anak-anak untuk menerapkan lebih semangat ‘go green’ dalam diri mereka. Tak perlu banyak, cukup sepasu seorang. Untuk projek ini saya perlu mengeluarkan modal membeli tanah berbaja dan biji benih, tetapi hanya akan menggunakan bekas-bekas terbuang sebagai pasu kitar semula.
Sebenarnya, saya sangat teruja untuk projek pokok angkat ini. Saya mahu lihat bagaimana anak-anak saya menjalankan tanggungjawab terhadap pokok-pokok mereka. Agak-agak, perlu diingatkan atau tidak waktu siram pokok? Kita tunggu dan lihat.
3. Pergi perpustakaan awam
Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan. Cuti sekolah bukan bermakna masa untuk melupakan buku-buku. Ambil kesempatan sekurang-kurangnya setengah hari untuk anak-anak beraktiviti di sana. Ada banyak pilihan buku yang boleh dibaca.
Saya akan pastikan mereka akan membawa sebuah buku nota dan pen untuk mencatat perkara baru yang mereka perolehi dari bahan yang mereka baca.
4. Program masuk dapur
Anak-anak saya suka makan, pasti berulang alik masuk dapur akan menjadi aktiviti yang paling kerap. Maka saya merancang untuk membuat aktiviti memasak yang boleh melibatkan mereka.
Mungkin buat sandwich ringkas, atau buat sendiri aiskrim Malaysia, boleh juga menguli tepung dan menerap biskut. Saya sudah terbayang-bayang keseronokan ini. Wah, saya sebagai ibu pula yang teruja.
5. Merancang aktiviti kejutan
Berada di rumah sepanjang hari hanya bersama ibu, pastinya anak-anak tertunggu-tunggu kepulangan ayah mereka pulang dari kerja. Apa kata kita buat sedikit kejutan untuk ayah bila balik kerja.
Beri peluang untuk anak-anak berfikir sendiri, kejutan apa yang mereka boleh buat. Tetapi sebagai ibu kita boleh beri sedikit hint, mungkin sediakan minum petang untuk ayah dengan biskut buatan mereka sendiri. Pasti menarik!
Alhamdulillah, itulah dia 5 aktiviti harian yang saya rancang untuk anak-anak saya sepanjang cuti sekolah ini. InsyaAllah, selain mengulang beberapa kali aktiviti-aktiviti tersebut saya akan fikirkan lagi apa aktiviti yang sesuai untuk mereka. Harap-harap ayah mereka akan dapat cuti yang panjang untuk aktiviti balik kampung dan percutian kami.
Ibu-ibu, mari kita bersiap sedia fizikal dan mental menghadapi kerenah anak-anak sepanjang cuti sekolah. Semangat!!

Selasa, 4 November 2014

Kursus Asas Simpan Kira dan Perakaunan

Alhamdulillah, hari ini dengan izin Allah swt saya berjaya menghadiri Kursus Asas Simpan Kira dan Perakaunan anjuran Jabatan Pertanian Daerah Klang. Mula-mula saya sangka saya tak dapat tempat ke kursus tersebut, almaklum permohonan telah dibuat lama dulu. Tapi tiada panggilan.. Syukur, rezeki saya dipenghujung tahun rupanya..

Kursus ini hanya setengah hari, tapi banyak info asas yang saya perolehi. Membuka mata saya dengan lebih luas pentingnya catatan kira-kira perniagaan kita dengan betul dan teratur.

Rata-rata yang hadir adalah peniaga kecil-kecilan, dan seperti yang dijangka hanya sebahagian kecil mempunyai rekod simpan kira perniagaan masing-masing. Malah ramai yang hanya tahu istilah untung dan rugi, tapi belum mengenal istilah aset tetap, liabiliti, kos, susut nilai dan sebagainya.

Bila bercakap tentang bisnes, maka ilmu tentang pengurusan kewangan adalah penting. Jika tidak, mana wang masuk, mana wang keluar, mana keuntungan pun kita tidak tahu kemana alirannya. 

Berapa kos pengeluaran? Berapa harga perlu diletakkan? Dan bagaimana pula cara yang betul meletak harga? Bagaimana mengira untung bersih? Itu antara perkara-perkara yang perlu diambil berat.

Dan yang paling penting, bagaimana untuk merekodkan aliran perniagaan kita dengan betul dan tersusun. Rekod-rekod ini akan membantu untuk menilai kemajuan kewangan perniagaan kita.

Jika anda seorang peniaga, dan masih belum menguasai ilmu asas simpan kira dan perakauan saya sangat syorkan anda menyertai kelas seperti ini. Percayalah, semangat anda untuk mentadbir kira-kira perniagaan dengan lebih sistematik akan naik 200%..

Semangat yang tinggi dalam perniagaan pastinya memberi impak yang juga tinggi dalam hasilnya.

Anda boleh memohon kursus seperti saya, hanya pergi kemana-mana Jabatan Pertanian Daerah dan kemukakan permohonan. Syaratnya, sabar menunggu. Kursus ini diadakan hanya 1-2 kali sahaja setahun.

Tetapi jika anda mahu ilmu ini dalam tempoh terdekat (almaklum orang berjaya tidak suka bertangguh), anda boleh mengikuti kursus anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Untuk membantu para suri yang mengendalikan bisnes, ABDR dengan sukacitanya mengumumkan akan mengadakan Bengkel Asas Akaun dengan butiran seperti berikut.

Bengkel Asas Akaun
 

Tarikh: 08 November 2014 (Sabtu)
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15 pg -5.15 ptg
 

Tarikh: 11 November 2014 (Selasa)
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15 pg -5.15 ptg


Yuran asal : RM220.00
Promosi     : RM199.00 sahaja! 

Makan tengahari dan air mineral disediakan. 



Modul

1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. (Bagaimana anda meletakkan harga?)
5. Profit & Loss (Anda untung atau rugi?)
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
 
 
Saya kongsikan di sini komentar dari salah seorang peserta Bengkel Asas Akaun yang lepas, Puan Zunairah Abd Ghani.


Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah.

Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.  Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali ini berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.  Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun-akaun syarikat. Jadi mudahlah diamemberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas-kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini. Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftarkursus ini.  Berbaloi saya memandu jauh - jauh. Insya Allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. 

Alhamdulillah, perkongsian pengalaman dari Puan Zunairah Abd Ghani ini menggambarkan Bengkel Asas Akaun ini benar-benar bermanfaat.

Daftar segera untuk asas pengurusan akaun bisnes yang lebih terancang dan bersistematik. Untukpendaftaran, hubungi saya;
  
Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com


FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
Whatsapp: 011-11537821