Ahad, 12 Oktober 2014

Jentikan Manja Penyedar Alpa

Hampir dua minggu sudah rupanya Jurnal Inspirasi Ibu ini terbiar sepi. Sebuk benarkah saya ini? Jika masa dijadikan alasan, orang lain juga mempunyai jumlah masa yang sama. Masing-masing mempunyai 24 jam sehari kurniaan Allah, tidak lebih mahupun kurang walau seminit. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. Dalam hal saya ini, tiada alasan lain sebenarnya selain alpa. 

Hingga lah saya menerima 'jentikan manja' dari Puan Normie mentor blog saya. Rindu katanya dengan penulisan saya. Allah, Allah, Allah.. Tiada bahasa arahan, tiada ertikata menyuruh, tetapi ayat itu sendiri satu jentikan yang membangkitkan saya dari alpa.


Sekadar gambar hiasan, pengantin lama berusia 11 tahun. Pria itu juga selalu 'menjentik manja' isterinya jika alpa.. ;-)

Blog bagi sesetengah pihak mungkin untuk suka-suka, sebagaimana saya sendiri suka-suka di Jemari Asmara. Tetapi 'jentikan manja' itu juga menyedarkan saya bahawa Jurnal Inspirasi Ibu ini adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk mencari dan memberi inspirasi. Tanggungjawab untuk berkongsi perkara yang baik-baik kepada semua pembaca, terutama para suri.

Terima kasih cikgu untuk 'jentikan manja penyedar alpa' itu..

Inilah untungnya berada di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Akademi yang diasaskan dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. Namun natijahnya lebih dari itu. ABDR juga merupakan medium untuk kalangan suri saling berganding bahu dan mencetus inspirasi sesama sendiri.

Untuk yang belum tahu, akademi ini menawarkan tenaga pengajar yang bersedia memberikan khidmat latihan dalam talian untuk membantu kaum suri memulakan perniagaan secara online. 

Sama ada sudah ada perniagaan sendiri, ataupun masih tercari-cari apa yang mahu diniagakan, ada produk sendiri atau pun tiada, anda dialu-alukan menyertai kami.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi saya melalui:
Email: zefa_asmara@yahoo.com
FB: Ibu Yusuf dan Maryam ( https://www.facebook.com/messages/ZefaNorAsmara ) 

Salam sayang;
Zefa NorAsmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D