Sabtu, 30 Ogos 2014

Ebook Super WAHM Super Mom

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir
Gambar: Akademik Bekerja Di Rumah

Membuat keputusan untuk menukar status daripada wanita bekerjaya kepada surirumahtangga sepenuh masa bukan sesuatu yang mudah. Banyak faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum apa juga pilihan yang dibuat. Sokongan dari semua pihak disekeliling terutamanya pasangan sendiri, keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting.

Setelah berubah status, juga bukan mudah untuk menukar rentak kehidupan dalam sekelip mata. Pengurusan masa, cabaran-cabaran mengurus anak, pengurusan stress, dan lain-lain sangat perlu dalam fasa peralihan sehingga mampu membiasakan diri.

Status WAHM pula (work at home mom) bermakna seorang suri itu perlu menguruskan dua perkara dalam satu masa. Bekerja atau berniaga dan pada masa yang sama mengurus rumahtangga. Maka cabarannya lebih hebat!



Memperkenalkan Ebook Super WAHM Super Mom (Urus Masa - Urus Tenaga - Urus Rumahtangga) tulisan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR). Ebook ini sarat dengan info, maklumat penting, motivasi dan inspirasi untuk menjadi seorang WAHM yang 'super'!

Berikut adalah kandungan utama Ebook Super WAHM Super Mom (Urus Masa - Urus Tenaga - Urus Rumahtangga)

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah

2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 

Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan

3.1 Norhanita Bahrom (Gobok Boutique)
3.2 Fauziah Ahmad 
3.3 Farah Hafizah 
3.4 Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
3.5 Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
3.6 Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana (SoHo IBU) 
3.9 Noor Hidawati  
3.10 Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community) 
3.11 Nadzura Sabry
 
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan - cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila - berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6: Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman 

Tidak kira apa status anda, samada suri berkerjaya, suri rumahtangga sepenuh masa mahupun WAHM, ebook ni harus anda baca. Ebook ini sarat dengan info, maklumat penting, motivasi dan inspirasi.


Ebook hebat ini hanya RM25.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk menjadi seorang suri yang bermotivasi tinggi!

Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).

Sekiranya anda perlukan bimbingan sertai mana-mana kelas online kami dan seorang guru online bertugas akan membantu anda. Dapatkan info pakej kelas online DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821
 
 

Cuti Tanpa Gaji 'Play Safe' Sebelum Berhenti Kerja

Apabila cerita tentang permohonan cuti tanpa gaji saya diluluskan, ramai sebenarnya membuat spekulasi mereka sendiri bahawa saya mahu menumpukan kepada perniagaan Shaklee yang sedang saya jalankan. Saya hanya tersenyum mendengar spekulasi-spekulasi itu.

Hakikatnya, sebelum surat dihantar lagi malah sejak  saya masih berangan-angan lagi saya telah memasakkan niat bahawa tujuan saya adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak. Saya ingin merasai sendiri hidup seorang surirumahtangga yang dapat mengurus sendiri anak-anaknya walau dalam tempoh masa pejabat (8.00 am - 5.00 pm).

Namun tidak dapat dinafikan, bisnes saya dengan izin Allah swt adalah penyebab angan-angan saya untuk duduk di rumah suatu masa dahulu kini menjadi nyata. Dan juga terima kasih kepada Ketua Jabatan tempat saya bertugas kerana menyokong dan meluluskan permohonan tersebut. Sebagai Penjawat Awam, kita kena faham bahawa cuti adalah satu kemudahan dan bukannya hak. Jadi Ketua Jabatan boleh untuk tidak menyokong dan meluluskan permohonan kita.

Lantas ramai pula yang berkata, bisnes dah ada, dah boleh jana pendapatan dari rumah, kenapa tidak terus berhenti kerja sahaja? Jika ikut kata hati, memang saya mahu berhenti kerja sahaja. Tetapi itu adalah satu perkara yang cukup besar untuk dibuat apatah lagi tujuan utama bekerja adalah untuk membantu suami dan ekonomi keluarga. Kesan-kesan positif dan negatif jika berhenti kerja perlu diambil kira.

Saya juga mengambil kira pendapat suami, ibu dan bapa saya yang secara berlapik tidak setuju saya meletakkan jawatan. Lebih-lebih lagi suami saya yang selama ini nampak kemampuan saya mengurus keluarga, kerjaya dan bisnes dalam satu masa.

Saudara Irfan Khairi, jutawan perniagaan internet pernah menulis;

"Play safe… persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya satu ketika dulu!"

Maka atas semua faktor saya mengambil 'play safe' iaitu cuti tanpa gaji terlebih dahulu. Sehingga 31 Disember 2014, sekiranya dipanjangkan usia saya ada masa 5 bulan untuk merealisasikan impian saya. Impian seorang suri berkerjaya yang mahu duduk dirumah memberi tumpuan kepada keluarga.

InsyaAllah, selepas 31 Disember nanti, baru akan ada keputusan sama ada saya akan kembali bertugas ataupun terus berhenti. Tapi sebagai Penjawat Awam, jangan lupa berhenti kerja juga ada prosudernya. InsyaAllah, perkara itu mungkin kita boleh bincangkan kemudian di sini.

 Sekadar gambar hiasan buat selingan. Kenangan menjalankan program temuseru di Pulau Ketam.

Kerjaya saya memang di kelilingi ramai lelaki. Malah unit terakhir yang saya terajui sebelum cuti tanpa gaji, anak-anak buah semuanya lelaki. Klien-klien saya juga 95% adalah lelaki. Tapi semua itu hanya kenangan, saya tinggalkan dulu untuk tempoh 5 bulan.

Kembali kepada tajuk, semoga pengalaman saya dalam penceritaan yang ringkas ini dapat memberi gambaran kepada suri-suri di luar sana yang mempunyai impian yang sama tetapi masih ragu-ragu untuk membuat keputusan. Anda juga boleh membuat keputusan 'play safe', cuma apa keputusannya terserah kepada diri masing-masing.

Untuk lebih perkongsian dan kisah inspirasi sertai kami di Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR) yang hingga kini telah mencapai 800 blog dan pendaftaran. ABDR diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. 


Untuk sebarang pertanyaan entang ABDR atau peluang menjana pendapatan dari rumah jangan malu-malu hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com  
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara   
Whatsapp: 011-11537821

Jumaat, 29 Ogos 2014

Ebook Belajar Asas Blog

Pada masa kini sudah ramai menyedari tentang kepentingan blog. Blog bukan sekadar sebagai catatan suka duka kehidupan penulis, malah sebagai sebagai salah satu cara berkongsi kisah inspirasi dan motivasi.

Blog bukan sekadar wadah berkongsian kemahiran dan minat, malah blog juga membantu penulis membina pengaruh dan memperkenalkan diri kepada khalayak umum.

Dalam era membeli belah dalam talian menjadi pilihan ramai, blog menjadi medium yang sangat kukuh untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Blog bukan sahaja mampu menukar pengikut kepada pelanggan malah mampu menarik khalayak melalui enjin carian Google.

Maka dengan matlamat dan tujuan berblog seperti itu, pembinaan blog tidak boleh hanya dengan hentam kromo dan berguru dengan Encik Google sahaja. Bimbingan dan panduan adalah perlu untuk membina blog yang berkualiti.



Memperkenalkan Ebook Belajar Asas Blog tulisan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR). Ebook ini sarat dengan info dan maklumat penting bagaimana menghasilkan blog dari mula, hingga terbina sebuah blog yang berkualiti.

Berikut adalah kandungan utama Ebook Belajar Asas Blog;

Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama


Menariknya, kita juga akan diberi panduan asas bagaimana mengurus ebook dan manuskrip hasil dari penulisan blog. Hebat!

Menarik bukan? Lebih menarik Ebook hebat ini hanya RM50.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk mula mebina sebuah blog yang berpengaruh!

Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).
 
Sekiranya anda perlukan bimbingan sertai mana-mana kelas online kami dan seorang guru online bertugas akan membantu anda. Dapatkan info pakej kelas online DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821
 
 

Resepi Kek Coklat Cawan Kukus

Beberapa hari yang lepas seorang sahabat FB memuat naik gambar kek cawan coklat di muka bukunya. Nampak sedap sekali dan sudah tentu air tangannya sendiri.

Melalui ruang komen, baru saya sedar bahawa resepinya diambil dari blog santai saya Jemari Asmara. Blog itu saya mulakan lebih 3 tahun lalu asalnya hanya untuk suka-suka, untuk mencatat kenangan hidup saya, perkembangan anak-anak dan sebagainya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt blog itu bukan sahaja untuk suka-suka lagi tetapi telah juga memberi manfaat pada orang lain. Lebih istimewa ianya juga telah mendatangkan pendapatan kepada saya..

Mari saya kongsikan pula resepinya di sini, mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca blog ini pula. Resepi asal adalah untuk kek coklat biasa tetapi saya masukkan ke dalam bekas kecil untuk menjadi kek cawan.





RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA 

Bahan-bahannya: 

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - saya guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - saya guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak


  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender (saya pukul guna pemukul telur)


Cara-caranya:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.

Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (saya guna bekas kecik-kecik tu, sapu sikit mentega..)


Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap.
(Sebab guna bekas kecil saya kukus 15 minit sahaja)

Untuk topping pula, saya guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam



RESEPI TOPPING KEK COKLAT 

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat (saya tak letak sebab coklat tu dah manis..)

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'. Selepas sebati curahkan ke atas kek tadi. Taburkan coklat rice jika suka. Selesai..
Cubalah buat, bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Anak-anak dan keluarga pasti suka.



Saya sangat seronok berblog. Bukan sahaja untuk suka-suka malah untuk yang lebih serius seperti berkongsi ilmu dengan orang lain, mahupun menjana pendapatan. Anda mahu juga membina blog dengan panduan mahupun bimbingan? InsyaAllah kami di ABDR akan bantu. Kami ada menyediakan panduan membina blog, malah kelas secara online juga.

Dan bayangkan, anda jadikan Kek Cawan Coklat ini sebagai jualan untuk jana pendapatan, kemudian pasarkan melalui blog. Wah! Pasti mantap hasilnya!

Untuk sebarang pertanyaan jangan malu-malu hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara 
Whatsapp: 011-11537821

Selasa, 26 Ogos 2014

Ulasan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes - Puan Nurul Azwa Zulkifli




Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes tulisan Puan Masayu Ahmad ini penuh dengan idea menarik dan informasi berguna untuk memulakan bisnes dari rumah.

Berikut adalah tajuk-tajuk utama setiap bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Mari kita baca ulasan dari Puan Nurul Azwa Zulkifli yang telah membaca ebook hebat ini..

Sumber: http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/2014/05/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html

Alhamdulillah, akhirnya saya telah selesai membaca ebook ini. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat.


Ebook yang sangat bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Tulisan yang saya kira memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes.


Membaca bab 1 sahaja sudah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Banyak idea bisnes yang diberikan. Idea-idea ini dipecahkan mengikut skop kerja masing-masing. Ya, idea yang diberikan memang boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Menerusi idea yang diberikan, kita nilai minat juga kepakaran kita. Sebagai contoh, kita minat dalam bidang lukis dan ada kepakaran dalam bidang seni reka. Justeru boleh sahaja menawarkan pkhidmatan mereka bentuk laman rumah atau ruang pejabat kepada umum. Antara usahawan muda yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Nisa Nua. Beliau menawarkan segala perkhidmatan berkaitan bidang arkitek menerusi laman intenet sahaja. Berpejabat hanya dari rumah (SOHO).


Di dalam ebook ini, Puan Masayu turut mendedahkan bagaimana untuk mula bisnes tanpa modal. Ya, perniagaan yang amat disarankan kepada mereka yang baru ingin mula berbisnes. Malah kita turut didedahkan bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Itulah yang sebaiknya. Mula bisnes tanpa mencipta sebarang hutang.


Saya sarankan setiap wanita yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini. Perkongsian ikhlas penulis sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita ingin berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang kita impikan. Penulis turut kongsikan bagaimana kaedah dan teknik-teknik agar kita mampu bergerak secara produktif walaupun bekerja tanpa pantauan majikan. Apabila kita memilih untuk WAHM sepenuh masa, kitalah majikan dan kitalah pekerja. Lantas, disiplin menjadi keutamaan. Puan Masayu turut kongsikan bagaimana untuk kita kekalkan momentum bekerja dari rumah.

Sebuah ebook yang saya kira berbaloi dengan harganya RM50. Lengkap dari mula idea bisnes yang diberikan, bagaimana kita perlu merancang dan seterusnya mencapai matlamat kita, strategi pemasaran, khidmat pelanggan juga perkongsian pengalaman usahawan yang berjaya. Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!

==============
 
Menarik bukan? Lebih menarik Ebook hebat ini hanya RM50.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk memulakan bisnes dari rumah.

Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan atau pembelian hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara 
Whatsapp: 011-11537821

Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Ramai wanita di luar sana, sama ada bekerja atau surirumahtangga sepenuh masa mengidamkan mempunya perniagaan sendiri yang diusahakan dari rumah. Tetapi banyak persoalan-persoalan yang sering bermain-main difikiran seperti:

- Nak jual apa?
- Berapa modalnya?
- Adakah modalnya? 
- Bagaimana hendak memasarkannya?
- Bolehkah saya buat?
- Adakah orang yang telah berjaya?



Jangan risau, Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes tulisan Puan Masayu Ahmad ini akan merungkaikan persoalan-persoalan itu. Malah ianya penuh dengan idea menarik dan informasi berguna untuk memulakan bisnes dari rumah.

Berikut adalah tajuk-tajuk utama setiap bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes


Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat Pelanggan Online

Bab 8: Produk digital vs produk fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Menarik bukan? Lebih menarik Ebook hebat ini hanya RM50.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk memulakan bisnes dari rumah.

 Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan atau pembelian hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821

Ahad, 24 Ogos 2014

Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Kerisi


Suri dan tugas memasak bagai tidak boleh dipisahkan. Adakalanya sehingga buntu dan kekeringan idea nak masak apa. Mari saya kongsikan salah satu menu pilihan saya yang saya kategorikan sebagai hidangan lauk enak yang mudah disediakan. 


Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Kerisi
 Singgang asam pedas ikan kerisi

 
RESEPI SINGGANG ASAM PEDAS IKAN KERISI 

Bahan-bahannya: 

4 ekor ikan kerisi
1/2 biji bawang besar ditumbuk*
2 ulas bawang putih ditumbuk*
1/2 inci lengkuas dihiris dan diketuk*
1 sudu cili giling*
1 inci kunyit hidup*
1/2 kiub ikan bilis (pilihan)*
2-3 keping asam keping*
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa
1 biji tomato dibelah 8
2-3 mangkuk air* 

Cara-caranya: 

Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk dan rebus hingga menggelegak. Masukkan ikan, daun kesum dan garam. Setelah ikan masak masukkan buah tomato dan padamkan api.Selesai, mudahkan? Selamat mencuba.. :D


Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Kerisi

Air tangan ibu, pengerat ikatan keluarga bahagia.. InsyaAllah.

Salam sayang;
Zefa Nor Asmara Jubir
Penulis blog
Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM

Sabtu, 23 Ogos 2014

Tips Membawa Anak Kecil Ke Majlis Ilmu


Hari ini saya menghadiri Bengkel Nutrisi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat peneraju vitamin semulajadi terulung di dunia. Wah! Kedengaran gah ya syarikat itu? Program hari ini diadakan di Hotel Berjaya Time Square dengan peserta hampir 200 orang yang majoritinya adalah wanita.

Tetapi bukan itu yang saya ingin fokuskan, tetapi kekaguman saya terhadap beberapa orang ibu yang membawa anak-anak kecil ke program tersebut. Anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa, mereka hanya tahu gembira, bermain, berlari-lari dan menangis bila lapar atau rasa tidak gembira.

Malah lebih mengkagumkan saya, ibu-ibu ini berjaya bertahan dari pagi hingga petang. Mereka berjaya menamatkan bengkel dengan jayanya tanpa meletakkan anak-anak kecil itu sebagai alasan untuk balik awal.

Dalam hati saya terdetik, jika saya ditempat mereka belum tentu saya sesabar itu. Di sebalik kekaguman saya, saya curi-curi memerhatikan ibu-ibu ini. Ya, curi-curi sahaja sebab saya juga perlu fokus dengan ilmu nutrisi yang mahu saya timba..

Di sebalik curi-curi pandang saya, saya belajar sesuatu dari mereka. Saya perhati tindak tanduk mereka terutama yang duduk atau berada berhampiran saya. Mari saya kongsikan apa yang saya nampak, tokok tambah dengan pengalaman sendiri, dan saya catatkan di sini sebagai Tips Membawa Anak Kecil Ke Majlis Ilmu.

1. Biasakan membawa anak ke majlis ilmu sejak kecil agar lebih terbiasa dengan persekitaran majlis ilmu. Anak-anak yang dibiasakan dengan majlis ilmu sejak kecil akan lebih cintakan ilmu dan dapat dibentuk lebih awal untuk menghormati majlis.

2. Datanglah lebih awal dan pilih tempat duduk yang sesuai agar dapat menuntut ilmu dan pada masa yang sama mengawasi anak masing-masing.

3. Sekiranya anak masih menyusu badan pastikan ibu memakai pakaian yang sesuai untuk menyusu dan pakailah tudung labuh atau membawa 'nursing cover' supaya mudah menyusukan tanpa perlu keluar dari majlis ilmu

4. Untuk anak yang masih bayi pastikan ada tempat yang sesuai untuk mereka tidur, kerana bayi memerlukan masa tidur yang cukup. Ibu bapa boleh membawa tilam nipis atau kain untuk alas tidur. Boleh juga membawa bersama kereta sorong bayi bergantung pada kesesuaian tempat berlangsung majlis ilmu.

5. Bawa bersama keperluan anak seperti tuala kecil, tisu kering dan basah, lampin pakai buang, pakaian, keperluan menyusu sekiranya tidak lagi menyusu badan, serta air dan makanan, lebih-lebih lagi jika majlis ilmu dibuat dalam tempoh yang panjang.

6. Bawa bersama mainan atau barangan kegemaran mereka agar mereka lebih tenang dan mahu duduk diam. Elakkan membawa mainan atau gejet yang berbunyi agar tidak menggangu perjalanan majlis.

7. Bawa bersama pen dan buku nota untuk mereka agar anak-anak boleh sama-sama menulis (atau menconteng) semasa ibu bapa mencatat apa yang dipelajari.

8. Sekiranya membawa lebih dari seorang anak, bawalah pembantu untuk menjaga anak-anak. Hadir bersama pasangan adalah satu kelebihan.


Tips Membawa Anak Kecil Ke Majlis Ilmu
 Sekadar gambar hiasan sumber dari Google

Semoga Tips Membawa Anak Kecil Ke Majlis Ilmu yang dikongsikan ini membawa manfaat kepada semua terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Semoga dengan tips ini kita lebih bersemangat untuk menuntut ilmu dan tidak lagi menjadikan anak kecil sebagai alasan untuk tidak hadir majlis ilmu.

Sekiranya ada sebarang tips tambahan, jangan malu-malu kongsikan bersama pembaca yang lain. Hanya tinggalkan di ruangan komen dan saya akan masukkan dalam penulisan ini sekiranya sesuai.

Salam sayang
Zefa Nor Asmara Jubir

Pengurus Online Akademik Bekerja Di Rumah

Khamis, 21 Ogos 2014

Kenali Penulis Blog Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Syukur alhamdulillah, dengan ilham kurniaan daripada Allah swt dan yang pasti dengan izinNya, maka muncul sebuah lagi blog yang bakal menjadi wadah melakar tulisan saya. Salam perkenalan pada pengunjung blog Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM.

Saya Zefa NorAsmara binti Jubir atau lebih dikenali sebagai Ibu Yusuf dan Maryam di dalam dunia cyber (lebih dikenali ya, bukan terkenal) ;-) Blog pertama saya Jemari Asmara sebuah personal blog dengan gaya penulisan santai kini berusia 3 tahun 8 bulan 3 minggu dan 6 hari. Maka menulis blog bukan sesuatu yang asing bagi saya.

Saya berstatus sebagai seorang isteri, ibu kepada dua orang anak berusia 10 dan 7 tahun, berkerjaya sebagai seorang Penjawat Awam, mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap dunia perniagaan online serta mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang WAHM (working at home mom). Cita-cita yang muncul atas desakan perasaan seorang ibu yang mahu menjaga dan mengurus anak-anaknya sendiri. 


 Saya dan suami :D

Walaubagaimanapun, saya tetap cintakan kerjaya saya. Memegang status penjawat awam dengan gred S (sosial) membawa saya bertemu dan berurusan dengan pelbagai golongan. Melaksanakan program kemasyarakatan, menyampaikan ceramah, temuseru, khidmat nasihat, menyelaras program-program kesedaran, dan sebagainya. Kerjaya saya membawa saya melihat situasi masyarakat dari pelbagai sisi. Kerjaya saya juga memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada masyarakat.


 Salah satu tugasan utama saya dalam kerjaya ialah 'bercakap' :D

Status sebagai seorang isteri dan ibu, berkerjaya, pada masa yang sama keinginan mengurus anak sendiri membuak-buak membuatkan saya berada di dalam persimpangan dilema. Berhenti kerja, belum tercapai dek keputusan akal. Terus berkerja, naluri keibuan saya terseksa. Maka saya mengambil keputusan di tengah-tengah iaitu cuti tanpa gaji selama 5 bulan. Bermula dari cuti Aidilfitri baru-baru ini hinggalah 31 Disember 2014 kelak.


 Buah hati ibu, Yusuf dan Maryam..

Maka saya kini seorang WAHM untuk sekurang-kurangnya 5 bulan. Untuk seterusnya, hanya Allah yang lebih mengetahui. Mula-mula jadi WAHM, saya jadi blurr juga. Tak tahu nak bermula dimana. Bisnes memang sudah sedia ada, cuma sedikit huru hara untuk membiasakan diri dengan jadual harian. Almaklum, sudah biasa keluar rumah pagi balik petang.

Keadaan ini menemukan jodoh saya dengan Akademik Bekerja Di Rumah, sebuah akademik yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. Bukan peluang berkerja itu fokus utama saya, tetapi saya tertarik dengan perkongsian-perkongsian ahlinya melalui blog-blog yang dihasilkan. Rata-rata mereka adalah WAHM. Mereka sungguh memberi inspirasi!

Keterujaan saya kini membawa saya ke dalam ABDR sebagai Pengurus Online. Ya, sambil saya mencari motivasi diri, saya juga berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain dengan pengalaman yang saya ada. Terima kasih kepada Guru Online Normi Mat Yusof yang membawa saya ke dalam ABDR.

InsyaAllah Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM ini akan menghimpunkan catatan pengalaman saya sebagai ibu bekerja yang mampu menguruskan bisnes online, catatan harian sepanjang bercuti tanpa gaji, dan persediaan-persedian untuk menjadi seorang WAHM sebenar. Mana tahu saya benar-benar WAHM satu hari nanti dan semoga blog ini boleh menjadi inspirasi kepada suri-suri lain pula. Insya-Allah, bi iznillah..

Akhir kata untuk catatan permulaan ini, doakan saya istiqomah. Semoga semuanya berjalan lancar dengan redha Allah swt..

Salam sayang;
Zefa NorAsmara bt Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah