Sabtu, 27 September 2014

Berikan Suri Cuti Rehat Memasak

Memasak seolah-olah sudah menjadi tugasan rasmi kepada suri. Keluarkanlah hukum dan pendapat mana pun, suri dan memasak seolah-olah tidak boleh dipisahkan. Malah dikatakan, mahu ikat suami, ikatlah diperutnya. Maksudnya, tawan hati suami dengan masakan air tangan isteri.

Bagi suri yang berkerjaya, belum habis waktu pejabat lagi sudah mula memikirkan menu apa yang hendak dimasak bila pulang nanti. Bagi surirumah sepenuh masa pula, lagi tinggi cabarannya. Sebab memasak dari pagi hingga ke malam, lagi buntu mahu memikirkan idea mahu masak apa.

Ada seorang sahabat saya, bila stress dia mesti mahu masak, sebab baginya memasak adalah satu terapi. Benar, memasak boleh menjadi terapi kepada seorang isteri. Tetapi tugas memasak juga, boleh menjadi tekanan. Lebih-lebih lagi bila tubuh sudah kepenatan dengan pelbagai tugasan harian.

Ramai juga kawan-kawan saya, yang diwajibkan memasak oleh suami masing-masing. Penat bagaimanapun, masak tetap masak.

Alhamdulillah, 11 tahun menjadi suri kepada Encik Suami, beliau begitu memahami bila masa saya perlu memasak dan bila masa saya perlu direhatkan. Usah ditanya bila masanya, ianya bergantung kepada keperluan, keadaan dan situasi.

Bila beliau rasa saya perlu direhatkan, beliau sendiri akan turun ke dapur menyediakan hidangan. Adakalanya, beliau membawa kami sekeluarga untuk makan di luar sahaja.


Rusa masak black papper..

Sekadar gambar hiasan. Itu hidangan yang kami pesan ketika menjamu selera di Restoran Lembah Bernam beberapa minggu yang lepas. Restoran tersebut menyajikan masakan kampung dan makanan eksotik seperti rusa, landak, ikan sepat, ikan puyu dan lain-lain lagi. Boleh ikuti catatan saya di blog santai Jemari Asmara.

Berbalik kepada tajuk, saya bukanlah ahli untuk berbicara tentang agama. Tapi saya pasti ramai di antara kita sudah maklum bahawa tugas utama isteri ialah hanya melayan suami dan menjadi tanggungjawab suami untuk melengkapi keperluan isteri. 

Walaubagaimanapun, tolak ansur dan redha meredhai di antara suami isteri adalah faktor penting dalam membentuk keharmonian dalam rumah tangga. Jika isteri redha untuk membantu ekonomi suami, memasak, mengurus rumahtangga, maka ianya bonus kepada suami. Cuma, janganlah ambil kesempatan ya..

Kata kunci di sini, sekali sekala berilah peluang suri untuk berehat. Bukan dalam bab masak memasak sahaja, tetapi juga dalam urusan-urusan yang lain. Setidak-tidaknya, berkerjasamalah dalam semua urusan rumahtangga. Nama pun berkongsi hidup, maka tanggungjawab juga perlu dikongsi bersama. Saling lengkap melengkapi sewajarnya. InsyaAllah, pasti lebih bahagia.

Oh ya, kepada para suri; sama ada berkerja atau tidak dijemput untuk menyertai Akademik Bekerja Di Rumah. Akademik yang ditubuhkan untuk membantu para suri menjana pendapatan dari rumah.

Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu untuk hubungi saya ya..

Puan Zefa Nor Asmara bt Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah

Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821


1 ulasan:

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D