Sabtu, 27 September 2014

Berikan Suri Cuti Rehat Memasak

Memasak seolah-olah sudah menjadi tugasan rasmi kepada suri. Keluarkanlah hukum dan pendapat mana pun, suri dan memasak seolah-olah tidak boleh dipisahkan. Malah dikatakan, mahu ikat suami, ikatlah diperutnya. Maksudnya, tawan hati suami dengan masakan air tangan isteri.

Bagi suri yang berkerjaya, belum habis waktu pejabat lagi sudah mula memikirkan menu apa yang hendak dimasak bila pulang nanti. Bagi surirumah sepenuh masa pula, lagi tinggi cabarannya. Sebab memasak dari pagi hingga ke malam, lagi buntu mahu memikirkan idea mahu masak apa.

Ada seorang sahabat saya, bila stress dia mesti mahu masak, sebab baginya memasak adalah satu terapi. Benar, memasak boleh menjadi terapi kepada seorang isteri. Tetapi tugas memasak juga, boleh menjadi tekanan. Lebih-lebih lagi bila tubuh sudah kepenatan dengan pelbagai tugasan harian.

Ramai juga kawan-kawan saya, yang diwajibkan memasak oleh suami masing-masing. Penat bagaimanapun, masak tetap masak.

Alhamdulillah, 11 tahun menjadi suri kepada Encik Suami, beliau begitu memahami bila masa saya perlu memasak dan bila masa saya perlu direhatkan. Usah ditanya bila masanya, ianya bergantung kepada keperluan, keadaan dan situasi.

Bila beliau rasa saya perlu direhatkan, beliau sendiri akan turun ke dapur menyediakan hidangan. Adakalanya, beliau membawa kami sekeluarga untuk makan di luar sahaja.


Rusa masak black papper..

Sekadar gambar hiasan. Itu hidangan yang kami pesan ketika menjamu selera di Restoran Lembah Bernam beberapa minggu yang lepas. Restoran tersebut menyajikan masakan kampung dan makanan eksotik seperti rusa, landak, ikan sepat, ikan puyu dan lain-lain lagi. Boleh ikuti catatan saya di blog santai Jemari Asmara.

Berbalik kepada tajuk, saya bukanlah ahli untuk berbicara tentang agama. Tapi saya pasti ramai di antara kita sudah maklum bahawa tugas utama isteri ialah hanya melayan suami dan menjadi tanggungjawab suami untuk melengkapi keperluan isteri. 

Walaubagaimanapun, tolak ansur dan redha meredhai di antara suami isteri adalah faktor penting dalam membentuk keharmonian dalam rumah tangga. Jika isteri redha untuk membantu ekonomi suami, memasak, mengurus rumahtangga, maka ianya bonus kepada suami. Cuma, janganlah ambil kesempatan ya..

Kata kunci di sini, sekali sekala berilah peluang suri untuk berehat. Bukan dalam bab masak memasak sahaja, tetapi juga dalam urusan-urusan yang lain. Setidak-tidaknya, berkerjasamalah dalam semua urusan rumahtangga. Nama pun berkongsi hidup, maka tanggungjawab juga perlu dikongsi bersama. Saling lengkap melengkapi sewajarnya. InsyaAllah, pasti lebih bahagia.

Oh ya, kepada para suri; sama ada berkerja atau tidak dijemput untuk menyertai Akademik Bekerja Di Rumah. Akademik yang ditubuhkan untuk membantu para suri menjana pendapatan dari rumah.

Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu untuk hubungi saya ya..

Puan Zefa Nor Asmara bt Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah

Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821


Ahad, 21 September 2014

Cuti Sekolah Pertama Dalam Sejarah

Cuti sekolah yang bermula 13 September yang lalu bakal melabuhkan tirainya besok bersamaan hari Ahad 21 September 2014. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dek mengambil kesempatan masa emas bersama keluarga, hari ini saya berkesempatan menarikan jemari untuk nukilan ringkas di Jurnal Inspirasi ini.

Sesungguhnya ini adalah cuti sekolah paling bersejarah semenjak bergelar ibu kepada anak-anak yang bersekolah. Ini adalah cuti sekolah pertama saya tidak perlu memohon cuti dari ketua Jabatan. Cuti sekolah pertama tanpa ada risau cuti lulus atau tidak. Cuti sekolah pertama tanpa saya melalui saat-saat di mana jasad saya di pejabat tetapi jiwa saya melayang ke rumah. Subhanallah.. Cuti sekolah kali ini masa saya benar-benar hanya bersama anak-anak. Syukur alhamdulillah..

Terasa nikmat yang tidak terhingga menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Oh ya, kepada yang baru kali pertama singgah di blog ini jemput membaca entry perkenalan dari saya di SINI (klik). Ada perkongsian tentang cuti tanpa gaji daripada saya.


naik kereta kuda di pantai batu buruk terengganu


Ini  salah satu aktiviti kami semasa cuti sekolah. Jalan-jalan naik kereta kuda di Pantai Batu Buruk, Terengganu.. InsyaAllah, cerita penuh tentang percutian kami di Terengganu Darul Iman akan saya nukilkan kemudian diblog santai saya Jemari Asmara.

Salam sayang;
Zefa NorAsmara

Isnin, 8 September 2014

Suri Wajib Cintakan Ilmu

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir

Semasa saya masih bekerja, saya sering terdedah dengan majlis-majlis ilmu. Kursus, bengkel, seminar, ceramah agama, mesyuarat pagi, majlis ilmu anjuran jabatan, malah tugas saya sendiri menyampaikan ilmu melalui ceramah-ceramah yang saya sampaikan. Setiap kali kita menyampaikan ilmu, setiap kali jugalah kita menambah ilmu sebenarnya.

Bila saya bertukar status menjadi seorang suri yang hidup sehariannya adalah di rumah, saya sedikit tersembunyi dengan majlis dan program sedemikian. Tetapi saya berusaha memastikan saya tidak sunyi dari majlis ilmu. Semalam 07 September 2014, mengambil kesempatan suami tidak bekerja dan ada yang mengawasi anak-anak, saya hadir seminar hartanah.


Seminar hartanah anjuran seorang blogger hartanah tersohor di Malaysia..

Lantas ada yang bertanya, mengapa Seminar Hartanah? Sedangkan saya tidak berlatar belakang kan hartanah pun. Maka kata kunci bagi jawapan saya ialah 'mencari ilmu'. Suri wajib cintakan ilmu. Tidak kiralah apa cabang ilmu berkenaan, selagi ia boleh dikaitkan dengan kehidupan, ia adalah ilmu yang bermanfaat.

Ini status FB saya semalam sebelum kelas bermula..

Setelah selesai kelas, alhamdulillah saya bukan sahaja dapat ilmu baru, malah kawan baru dan semangat baru. Secara tidak langsung, kelas ini menaikkan semangat saya untuk lebih gigih berusaha dalam bisnes saya. Jika sebelum kelas saya membayangkan rumah ketiga, selepas kelas saya mula membayangkan pula mendiami rumah sendiri tanpa bebanan hutang. Semangat saya mahu menjana pendapatan lebih banyak walau dari rumah mendadak naik 200%!

Wah! Besar sungguh peranan sebuah majlis ilmu, walaupun pada zahirnya ia seperti tiada kaitan dengan kita. Baiklah, saya tidak mahu bercerita panjang lagi kerana saya hanya mahu membawa mesej, Suri Wajib Cintakan Ilmu. Mari sama-sama kita terus mencari peluang dan ruang untuk terus cintakan ilmu.

Sekiranya mahu tahu lebih lanjut tentang seminar hartanah yang saya hadiri, jemput baca entry santai saya Seminar Hartanah Awek bersama Abang Ensem di Jemari Asmara. 

Suri cintakan ilmu adalah suri penuh informasi.

Salam sayang;
Zefa Nor Asmara Jubir


Jumaat, 5 September 2014

Apa Itu Dropship?

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir

Foto: Carian Google

Tahun ini masuk hampir tahun ketiga saya benar-benar serius dengan bisnes online. Bermula dengan dropship, kemudian modal kecil-kecilan, dan kini alhamdulillah mampu mempunyai stok sendiri dengan rangkaian dan jaringan rakan bisnes di bawah saya.

Walaubagaimanapun, hingga kini masih ada juga barang yang saya jual yang berkonsepkan dropship. Ini kerana konsep dropship ini mudah, kurang risiko dan menguntungkan.

Apa itu dropship?

Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Apa itu dropship?

Untuk memudahkan pemahaman, saya akan jelaskan apa itu dropship dalam bentuk penceritaan beserta soalan dan jawapan.

Kisah Salmah dan Sistem Dropship

Salmah mahu berniaga, tetapi dia tidak mempunyai modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalah droshipper dan Salmah adalah reseller.
Bagaimana Salmah menjual?

Salmah akan diberikan maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. Selepas itu Salmah perlu mula mempromosi di blog, di FB, promosi pada jiran-jiran, promosi pada kawan sekerja, dan lain-lain cara mengikut kreativiti Salmah.

Sekiranya ada pelanggan (buyer) yang mahu membeli barang tersebut, Salmah akan mengambil pesanan dan bayaran. Selepas itu Salmah beri pula maklumat tempahan kepada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.
Adakah dropship dikenakan yuran?
Ini bergantung kepada syarikat yang mengendalikan program dropship tersebut. Sekiranya ada, yuran yang dikenakan kebiasaannya tidak tinggi dan lebih kepada yuran komitmen untuk mengelakkan peserta berdaftar hanya kerana mahu harga yang murah untuk pembelian diri sendiri. Malah pengendali dropship akan memberi maklumat-maklumat penting dan cara-cara pemasaran yang berkesan.

Saya berminat untuk menyertai sistem dropship. Bagaimana?

Jangan risau, kami di Akademi Bekerja Di Rumah akan membantu anda. Kami bukan sahaja menyediakan produk untuk dipasarkan secara dropship, malah kelas-kelas bimbingan seperti berikut:

1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
 
2. Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
 
- Produk sendiri

- Produk dropship ABDR
i.  Produk Islamik
ii. Makanan Sunnah
iii.Telekung Solat Borong Dan Runcit
iv.Produk Makanan (produk pilihan sepanjang tahun)
 
3. Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif
 
4. Kelas Beriklan Mudah.My

5. Kelas Asas Wordpress
 
6. Kelas Penulisan Ebook Pertama
 
7.Kelas Akaun

i. Kelas Akaun Online
ii. Kelas Akaun Kumpulan Kecil (4 hingga 6 orang peserta)
iii.Seminar/ Bengkel Akaun (15 hingga 30 orang peserta)

Untuk maklumat dan penjelasan lebih lanjut, jangan malu-malu untuk menghubungi saya;

Puan Zefa Nor Asmara bt Jubir
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah

Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821

Khamis, 4 September 2014

Bengkel Asas Akaun

Teks: Zefa Nor Asmara

Foto: Zefa Nor Asmara

Ramai dari kalangan suri masa kini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ada yang melakukannya kerana suka-suka, ada juga yang bersungguh-sungguh kerana mahu memajukan ekonomi rumahtangga. 

Bila bercakap tentang bisnes, maka pengurusan kewangan adalah penting. Jika tidak, mana wang masuk, mana wang keluar, mana keuntungan pun kita tidak tahu kemana alirannya. 

Untuk untung, berapa harga perlu diletakkan? Dan bagaimana pula cara yang betul meletak harga? Itu belum lagi urusan nak tambah stok. Tahu-tahu, eh kemana sudahnya modal asal?

Untuk membantu para suri yang mengendalikan bisnes, Akademik Bekerja Di Rumah dengan sukacitanya mengumumkan akan mengadakan Bengkel Asas Akaun dengan butiran seperti berikut.

Bengkel Asas Akaun
 

Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30 ptg


Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30 ptg


Yuran asal : RM220.00
Promosi     : RM199.00 sahaja!

 Makan tengahari dan air mineral disediakan.

 

Bengkel Asas Akaun

Modul

1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. (Bagaimana anda meletakkan harga?)
5. Profit & Loss (Anda untung atau rugi?)
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

 
Bonus 1:

Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

 

Bonus 2:

2 tahun periklanan di soho directory

 

Bonus 3:

Jaminan pulangan wang


Saya kongsikan di sini komentar dari salah seorang peserta Bengkel Asas Akaun yang lepas, Puan Zunairah Abd Ghani.

Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah.

Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.  Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali ini berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.  Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun-akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas-kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini. Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini.  Berbaloi saya memandu jauh - jauh. Insya Allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. 

Alhamdulillah, perkongsian pengalaman dari Puan Zunairah Abd Ghani ini menggambarkan Bengkel Asas Akaun ini benar-benar bermanfaat.

Daftar segera untuk asas pengurusan akaun bisnes yang lebih terancang dan bersistematik. Untuk pendaftaran, hubungi saya;
 
Zefa Nor Asmara Jubir 
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com

FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
Whatsapp: 011-11537821


Rabu, 3 September 2014

Wordless Wednesday ~ Idea Hobi Untuk Suri

Teks: Zefa Nor Asmara bt Jubir

Foto: Zefa Nor Asmara bt Jubir



Menjadi suri adakalanya kita diulit perkara yang sama. Bangun pagi celik mata terus dengan urusan keluarga, jika bekerja terus ke tempat kerja, balik rumah kembali dengan rutin-rutin harian seorang suri. Besoknya, ulang rutin yang sama. 

Di sebalik rutian yang sama setiap hari, suri juga harus ada masa untuk dirinya sendiri. Maka sebagai terapi, suri harus ada hobi. Hobi maksudnya melakukan sesuatu perkara yang digemari semasa waktu lapang.

Menanam pokok bunga, adalah salah satu idea untuk suri yang mahu memulakan hobinya.

Sekian catatan ringkas saya. Bersiaran dihari Rabu, maka wordless Wednesday katanya.


Salam sayang;

Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah 
 
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821

Selasa, 2 September 2014

Menjadi Suri Harus Mampu Berdikari

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir
Foto: Zefa Nor Asmara Jubir

Minggu lepas saya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari bapa saya. Mak tak sihat katanya. Saya tanpa fikir panjang, selesai urusan anak-anak ke sekolah sesi petang saya memandu pulang ke kampung dengan izin suami.

Sepanjang perjalanan saya tak henti-henti merafa'kan rasa syukur pada Ilahi, dengan status saya yang sedang bercuti tanpa gaji sekarang ini lah maka saya boleh melawat kedua ibu bapa saya bila-bila masa sahaja. Jika saya sedang bekerja sekarang ini, pasti saya terpaksa memendam rasa sehingga hujung minggu.

Menjadi suri harus mampu berdikari.

Tetapi, jika saya tidak bekerja sekalipun sekiranya saya tidak mampu berdikari pasti saya tidak akan kemana-mana bukan? Terpaksa perlu bergantung dan menunggu suami pula untuk sebarang urusan. 

Dalam kisah saya, oleh kerana saya mampu berdikari, alhamdulillah saya boleh pulang ke kampung sendiri tanpa menjejaskan tugas pejabat suami dan sesi persekolahan anak-anak. Saya selesaikan semua urusan anak-anak ke sekolah dan suami akan jemput mereka di sekolah selesai waktu pejabat.

Suri perlu pandai memandu

Zaman sekarang, memiliki kenderaan dan mampu memandu telah menjadi satu keperluan. Walaupun penggunaan kenderaan awam itu masih praktikal, penggunaan kenderaan sendiri adalah penting terutama dalam waktu-waktu kecemasan.

Suri yang pandai memandu punya kelebihan sendiri. Jika bekerja mereka boleh memandu sendiri ke tempat kerja, atau pun jika tidak bekerja boleh menghantar anak-anak ke sekolah, pergi ke kedai membeli keperluan, atau pun untuk urusan perniagaan.

Alhamdulillah, saya bersyukur saya boleh memandu.

Menjadi suri jangan terlalu bergantung pada suami

Saya selalu berhadapan dengan banyak kisah, tentang suri-suri yang akhirnya 'patah kaki' bila ketiadaan suami. Salah satu kisah, seorang isteri yang ditinggal suami kembali kepada Penciptanya secara mengejut.

Beliau tidak boleh memandu, mahu menaiki kenderaan awam juga tidak tahu, malah hidupnya menjadi huru hara kerana dia tidak tahu bergantung harap pada siapa pula. Beliau mengambil masa agak lama untuk bangkit dalam kehidupan sebab semua urusan tidak tahu kerana terlalu bergantung dengan suami sepanjang hayatnya masih ada. 

Suri berdikari penyokong prestasi suami

Satu lagi kisah sebagai pengajaran bersama, seorang isteri yang tidak pandai memandu. pergi dan balik kerja erpaksa dijemput suami. Kesannya prestasi kerja suami terjejas, arahan kerja lebih masa tidak dapat dilakukan, arahan kerja luar kawasan juga gagal dituruti, malah mahu berkursus juga menjadi satu masalah besar. Hanya kerana masalah, isteri tidak pandai memandu dan perlu bergantung pada suami untuk pergi dan balik kerja.

Redha Allah di atas Redha Suami

Memegang status suri berkerjaya, suri bekerja di rumah, mahupun surirumah sepenuh masa yang berdikari bukanlah tiket untuk kita membelakangkan suami. Segala tindak tanduk kita wajiblah dengan izin suami dan perlunya kita menjaga maruah diri kerana redha Allah swt di atas redha suami

Ibnu Jarir, Ibnu al-Munzir, Ibnu Abu Hatim, at-Thabari, al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sebaik-baik wanita (isteri) adalah yang menyenangkanmu bila kamu memandangnya, yang menurutimu jika kamu perintah, serta yang menjaga dirinya dan hartamu jika kamu pergi keluar rumah."

Sama-samalah kita berusaha menjadi seorang isteri yang menyenangkan suaminya.



Sekadar gambar hiasan..

Inilah kereta comel saya yang berjasa membawa saya pergi dan balik kerja suatu masa dahulu. Sekarang untuk hantar dan ambik anak sekolah, pergi kekedai atau pasar, membawa saya berjumpa pelanggan, mengambil stok barang dagangan, mahupun menghantar pesanan pelanggan melalui khidmat Pejabat Pos..

Terima kasih Viva Elite ku sayang. Kamu penyumbang besar hingga saya mampu jadi sebahagian suri berdikari. Kamu menjadi saksi sepanjang saya menjadi suri berkerjaya, dan kini suri yang bekerja di rumah.



Untuk boleh berdikari, suri harus berani. Menjadi berani, kita perlukan inspirasi.

Memperkenalkan Ebook Super WAHM Super Mom (Urus Masa - Urus Tenaga - Urus Rumahtangga) tulisan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR). Ebook ini sarat dengan info, maklumat penting, motivasi dan inspirasi untuk menjadi seorang suri yang 'super'!

Ebook ini mengandungi 8 Bab termasuk kisah inspirasi pengalaman 11 suri dari pelbagai latar belakang & pekerjaan yang dirangkum semuanya dalam Bab 3 sahaja. Paling menarik adalah di Bab ke 8 yang membincangkan tips motivasi surirumah terhebat! Untuk tahu apa yang tertulis dari Bab 1 hingga Bab 8, dapatkannya sekarang juga.

Tidak kira apa status anda, samada suri berkerjaya, suri rumahtangga sepenuh masa mahupun WAHM, ebook ni harus anda baca. Ebook ini sarat dengan info, maklumat penting, motivasi dan inspirasi.

Ebook hebat ini hanya RM25.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk menjadi seorang suri yang bermotivasi tinggi!

Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).

Sekiranya anda perlukan bimbingan sertai mana-mana kelas online kami dan seorang guru online bertugas akan membantu anda. Dapatkan info pakej kelas online DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian hubungi saya:
Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821