Jumaat, 29 Ogos 2014

Resepi Kek Coklat Cawan Kukus

Beberapa hari yang lepas seorang sahabat FB memuat naik gambar kek cawan coklat di muka bukunya. Nampak sedap sekali dan sudah tentu air tangannya sendiri.

Melalui ruang komen, baru saya sedar bahawa resepinya diambil dari blog santai saya Jemari Asmara. Blog itu saya mulakan lebih 3 tahun lalu asalnya hanya untuk suka-suka, untuk mencatat kenangan hidup saya, perkembangan anak-anak dan sebagainya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt blog itu bukan sahaja untuk suka-suka lagi tetapi telah juga memberi manfaat pada orang lain. Lebih istimewa ianya juga telah mendatangkan pendapatan kepada saya..

Mari saya kongsikan pula resepinya di sini, mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca blog ini pula. Resepi asal adalah untuk kek coklat biasa tetapi saya masukkan ke dalam bekas kecil untuk menjadi kek cawan.





RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA 

Bahan-bahannya: 

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - saya guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - saya guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak


  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender (saya pukul guna pemukul telur)


Cara-caranya:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.

Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (saya guna bekas kecik-kecik tu, sapu sikit mentega..)


Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap.
(Sebab guna bekas kecil saya kukus 15 minit sahaja)

Untuk topping pula, saya guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam



RESEPI TOPPING KEK COKLAT 

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat (saya tak letak sebab coklat tu dah manis..)

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'. Selepas sebati curahkan ke atas kek tadi. Taburkan coklat rice jika suka. Selesai..
Cubalah buat, bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Anak-anak dan keluarga pasti suka.



Saya sangat seronok berblog. Bukan sahaja untuk suka-suka malah untuk yang lebih serius seperti berkongsi ilmu dengan orang lain, mahupun menjana pendapatan. Anda mahu juga membina blog dengan panduan mahupun bimbingan? InsyaAllah kami di ABDR akan bantu. Kami ada menyediakan panduan membina blog, malah kelas secara online juga.

Dan bayangkan, anda jadikan Kek Cawan Coklat ini sebagai jualan untuk jana pendapatan, kemudian pasarkan melalui blog. Wah! Pasti mantap hasilnya!

Untuk sebarang pertanyaan jangan malu-malu hubungi saya:

Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara 
Whatsapp: 011-11537821

2 ulasan:

  1. Kalau kakak ni sebekas tak cukup ni. Mahu-mahu dua baru puas:)
    Tak ada toping pun kakak rasa dah sedap apa lagi bertoping lagi hmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak zaki, samalah kita. Tp buat kecik2 ni senang anak2 nak makan :D

      Padam

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D