Khamis, 21 Ogos 2014

Kenali Penulis Blog Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Syukur alhamdulillah, dengan ilham kurniaan daripada Allah swt dan yang pasti dengan izinNya, maka muncul sebuah lagi blog yang bakal menjadi wadah melakar tulisan saya. Salam perkenalan pada pengunjung blog Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM.

Saya Zefa NorAsmara binti Jubir atau lebih dikenali sebagai Ibu Yusuf dan Maryam di dalam dunia cyber (lebih dikenali ya, bukan terkenal) ;-) Blog pertama saya Jemari Asmara sebuah personal blog dengan gaya penulisan santai kini berusia 3 tahun 8 bulan 3 minggu dan 6 hari. Maka menulis blog bukan sesuatu yang asing bagi saya.

Saya berstatus sebagai seorang isteri, ibu kepada dua orang anak berusia 10 dan 7 tahun, berkerjaya sebagai seorang Penjawat Awam, mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap dunia perniagaan online serta mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang WAHM (working at home mom). Cita-cita yang muncul atas desakan perasaan seorang ibu yang mahu menjaga dan mengurus anak-anaknya sendiri. 


 Saya dan suami :D

Walaubagaimanapun, saya tetap cintakan kerjaya saya. Memegang status penjawat awam dengan gred S (sosial) membawa saya bertemu dan berurusan dengan pelbagai golongan. Melaksanakan program kemasyarakatan, menyampaikan ceramah, temuseru, khidmat nasihat, menyelaras program-program kesedaran, dan sebagainya. Kerjaya saya membawa saya melihat situasi masyarakat dari pelbagai sisi. Kerjaya saya juga memberi peluang untuk saya berkhidmat kepada masyarakat.


 Salah satu tugasan utama saya dalam kerjaya ialah 'bercakap' :D

Status sebagai seorang isteri dan ibu, berkerjaya, pada masa yang sama keinginan mengurus anak sendiri membuak-buak membuatkan saya berada di dalam persimpangan dilema. Berhenti kerja, belum tercapai dek keputusan akal. Terus berkerja, naluri keibuan saya terseksa. Maka saya mengambil keputusan di tengah-tengah iaitu cuti tanpa gaji selama 5 bulan. Bermula dari cuti Aidilfitri baru-baru ini hinggalah 31 Disember 2014 kelak.


 Buah hati ibu, Yusuf dan Maryam..

Maka saya kini seorang WAHM untuk sekurang-kurangnya 5 bulan. Untuk seterusnya, hanya Allah yang lebih mengetahui. Mula-mula jadi WAHM, saya jadi blurr juga. Tak tahu nak bermula dimana. Bisnes memang sudah sedia ada, cuma sedikit huru hara untuk membiasakan diri dengan jadual harian. Almaklum, sudah biasa keluar rumah pagi balik petang.

Keadaan ini menemukan jodoh saya dengan Akademik Bekerja Di Rumah, sebuah akademik yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. Bukan peluang berkerja itu fokus utama saya, tetapi saya tertarik dengan perkongsian-perkongsian ahlinya melalui blog-blog yang dihasilkan. Rata-rata mereka adalah WAHM. Mereka sungguh memberi inspirasi!

Keterujaan saya kini membawa saya ke dalam ABDR sebagai Pengurus Online. Ya, sambil saya mencari motivasi diri, saya juga berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain dengan pengalaman yang saya ada. Terima kasih kepada Guru Online Normi Mat Yusof yang membawa saya ke dalam ABDR.

InsyaAllah Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM ini akan menghimpunkan catatan pengalaman saya sebagai ibu bekerja yang mampu menguruskan bisnes online, catatan harian sepanjang bercuti tanpa gaji, dan persediaan-persedian untuk menjadi seorang WAHM sebenar. Mana tahu saya benar-benar WAHM satu hari nanti dan semoga blog ini boleh menjadi inspirasi kepada suri-suri lain pula. Insya-Allah, bi iznillah..

Akhir kata untuk catatan permulaan ini, doakan saya istiqomah. Semoga semuanya berjalan lancar dengan redha Allah swt..

Salam sayang;
Zefa NorAsmara bt Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Moga Zefa terus sukses dan menjadi inspirasi buat ramai lagi wanita yang mempunyai impian yang sama. Kata orang kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Di mana ada kemahuan,.di situ ada jalan.

    BalasPadam
  2. salam ibu, tahniah sebab dah melangkah setapak ke depan lagi.. ja pernah nampak blog2 macam ni...hehe.. tak sangka sekarang ibu adalah salah seorang daripada mereka.. ja harap satu hari nanti ja pun akan ikut jejak langkah ibu jgk... insya allah...

    BalasPadam
  3. insyallah kak..
    lya doakan moga semua bjln lancar..mguruskan rumah tangga mmg best walaupon terlalu penat.. puas hati dpt uruskan mkn minum keluarga n ank2 sepenuhnya

    BalasPadam

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D