Apabila cerita tentang permohonan cuti tanpa gaji saya diluluskan, ramai sebenarnya membuat spekulasi mereka sendiri bahawa saya mahu menumpukan kepada perniagaan Shaklee yang sedang saya jalankan. Saya hanya tersenyum mendengar spekulasi-spekulasi itu.
Hakikatnya, sebelum surat dihantar lagi malah sejak saya masih berangan-angan lagi saya telah memasakkan niat bahawa tujuan saya adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak. Saya ingin merasai sendiri hidup seorang surirumahtangga yang dapat mengurus sendiri anak-anaknya walau dalam tempoh masa pejabat (8.00 am - 5.00 pm).
Namun tidak dapat dinafikan, bisnes saya dengan izin Allah swt adalah penyebab angan-angan saya untuk duduk di rumah suatu masa dahulu kini menjadi nyata. Dan juga terima kasih kepada Ketua Jabatan tempat saya bertugas kerana menyokong dan meluluskan permohonan tersebut. Sebagai Penjawat Awam, kita kena faham bahawa cuti adalah satu kemudahan dan bukannya hak. Jadi Ketua Jabatan boleh untuk tidak menyokong dan meluluskan permohonan kita.
Lantas ramai pula yang berkata, bisnes dah ada, dah boleh jana pendapatan dari rumah, kenapa tidak terus berhenti kerja sahaja? Jika ikut kata hati, memang saya mahu berhenti kerja sahaja. Tetapi itu adalah satu perkara yang cukup besar untuk dibuat apatah lagi tujuan utama bekerja adalah untuk membantu suami dan ekonomi keluarga. Kesan-kesan positif dan negatif jika berhenti kerja perlu diambil kira.
Saya juga mengambil kira pendapat suami, ibu dan bapa saya yang secara berlapik tidak setuju saya meletakkan jawatan. Lebih-lebih lagi suami saya yang selama ini nampak kemampuan saya mengurus keluarga, kerjaya dan bisnes dalam satu masa.
Saudara Irfan Khairi, jutawan perniagaan internet pernah menulis;
"Play safe… persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job
kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan
Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya
satu ketika dulu!"
Maka atas semua faktor saya mengambil 'play safe' iaitu cuti tanpa gaji terlebih dahulu. Sehingga 31 Disember 2014, sekiranya dipanjangkan usia saya ada masa 5 bulan untuk merealisasikan impian saya. Impian seorang suri berkerjaya yang mahu duduk dirumah memberi tumpuan kepada keluarga.
InsyaAllah, selepas 31 Disember nanti, baru akan ada keputusan sama ada saya akan kembali bertugas ataupun terus berhenti. Tapi sebagai Penjawat Awam, jangan lupa berhenti kerja juga ada prosudernya. InsyaAllah, perkara itu mungkin kita boleh bincangkan kemudian di sini.
Sekadar gambar hiasan buat selingan. Kenangan menjalankan program temuseru di Pulau Ketam.
Kerjaya saya memang di kelilingi ramai lelaki. Malah unit terakhir yang saya terajui sebelum cuti tanpa gaji, anak-anak buah semuanya lelaki. Klien-klien saya juga 95% adalah lelaki. Tapi semua itu hanya kenangan, saya tinggalkan dulu untuk tempoh 5 bulan.
Kembali kepada tajuk, semoga pengalaman saya dalam penceritaan yang ringkas ini dapat memberi gambaran kepada suri-suri di luar sana yang mempunyai impian yang sama tetapi masih ragu-ragu untuk membuat keputusan. Anda juga boleh membuat keputusan 'play safe', cuma apa keputusannya terserah kepada diri masing-masing.
Untuk lebih perkongsian dan kisah inspirasi sertai kami di Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR) yang hingga kini telah mencapai 800 blog dan pendaftaran. ABDR diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad dengan tujuan untuk melatih kaum wanita yang sedang bekerja
mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah.
Untuk info lanjut tentang ABDR klik http://zefanorasmara.blogspot.com/p/akademik-bekerja-di-rumah.html
Untuk sebarang pertanyaan entang ABDR atau peluang menjana pendapatan dari rumah jangan malu-malu hubungi saya:
Zefa Nor Asmara Jubir
Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Kadang2 beat jugak nak buat keputusan, tapi kalau itu yang terbaik, teruskan je la kan...
BalasPadamall the best kak :)