Jumaat, 5 September 2014

Apa Itu Dropship?

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir

Foto: Carian Google

Tahun ini masuk hampir tahun ketiga saya benar-benar serius dengan bisnes online. Bermula dengan dropship, kemudian modal kecil-kecilan, dan kini alhamdulillah mampu mempunyai stok sendiri dengan rangkaian dan jaringan rakan bisnes di bawah saya.

Walaubagaimanapun, hingga kini masih ada juga barang yang saya jual yang berkonsepkan dropship. Ini kerana konsep dropship ini mudah, kurang risiko dan menguntungkan.

Apa itu dropship?

Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Apa itu dropship?

Untuk memudahkan pemahaman, saya akan jelaskan apa itu dropship dalam bentuk penceritaan beserta soalan dan jawapan.

Kisah Salmah dan Sistem Dropship

Salmah mahu berniaga, tetapi dia tidak mempunyai modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalah droshipper dan Salmah adalah reseller.
Bagaimana Salmah menjual?

Salmah akan diberikan maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. Selepas itu Salmah perlu mula mempromosi di blog, di FB, promosi pada jiran-jiran, promosi pada kawan sekerja, dan lain-lain cara mengikut kreativiti Salmah.

Sekiranya ada pelanggan (buyer) yang mahu membeli barang tersebut, Salmah akan mengambil pesanan dan bayaran. Selepas itu Salmah beri pula maklumat tempahan kepada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.
Adakah dropship dikenakan yuran?
Ini bergantung kepada syarikat yang mengendalikan program dropship tersebut. Sekiranya ada, yuran yang dikenakan kebiasaannya tidak tinggi dan lebih kepada yuran komitmen untuk mengelakkan peserta berdaftar hanya kerana mahu harga yang murah untuk pembelian diri sendiri. Malah pengendali dropship akan memberi maklumat-maklumat penting dan cara-cara pemasaran yang berkesan.

Saya berminat untuk menyertai sistem dropship. Bagaimana?

Jangan risau, kami di Akademi Bekerja Di Rumah akan membantu anda. Kami bukan sahaja menyediakan produk untuk dipasarkan secara dropship, malah kelas-kelas bimbingan seperti berikut:

1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
 
2. Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
 
- Produk sendiri

- Produk dropship ABDR
i.  Produk Islamik
ii. Makanan Sunnah
iii.Telekung Solat Borong Dan Runcit
iv.Produk Makanan (produk pilihan sepanjang tahun)
 
3. Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif
 
4. Kelas Beriklan Mudah.My

5. Kelas Asas Wordpress
 
6. Kelas Penulisan Ebook Pertama
 
7.Kelas Akaun

i. Kelas Akaun Online
ii. Kelas Akaun Kumpulan Kecil (4 hingga 6 orang peserta)
iii.Seminar/ Bengkel Akaun (15 hingga 30 orang peserta)

Untuk maklumat dan penjelasan lebih lanjut, jangan malu-malu untuk menghubungi saya;

Puan Zefa Nor Asmara bt Jubir
Pengurus Online
Akademi Bekerja Di Rumah

Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821

1 ulasan:

  1. Salam perkenalan Pn Zefa. Terima kasih dengan perkongsian konsep dropship ni. Senang faham bila diterangkan secara bercerita. Saya suka... :D

    BalasPadam

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D