Teks: Zefa Nor Asmara
Foto: Zefa Nor Asmara
Ramai dari kalangan suri masa kini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ada yang melakukannya kerana suka-suka, ada juga yang bersungguh-sungguh kerana mahu memajukan ekonomi rumahtangga.
Foto: Zefa Nor Asmara
Ramai dari kalangan suri masa kini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ada yang melakukannya kerana suka-suka, ada juga yang bersungguh-sungguh kerana mahu memajukan ekonomi rumahtangga.
Bila bercakap tentang bisnes, maka pengurusan kewangan adalah penting. Jika tidak, mana wang masuk, mana wang keluar, mana keuntungan pun kita tidak tahu kemana alirannya.
Untuk untung, berapa harga perlu diletakkan? Dan bagaimana pula cara yang betul meletak harga? Itu belum lagi urusan nak tambah stok. Tahu-tahu, eh kemana sudahnya modal asal?
Untuk membantu para suri yang mengendalikan bisnes, Akademik Bekerja Di Rumah dengan sukacitanya mengumumkan akan mengadakan Bengkel Asas Akaun dengan butiran seperti berikut.
Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30 ptg
Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30 ptg
Yuran asal : RM220.00
Promosi : RM199.00 sahaja!
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. (Bagaimana anda meletakkan harga?)
5. Profit & Loss (Anda untung atau rugi?)
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory
Bonus 3:
Jaminan pulangan wang
Saya kongsikan di sini komentar dari salah seorang peserta Bengkel Asas Akaun yang lepas, Puan Zunairah Abd Ghani.
Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah.
Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa. Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali ini berbeza.
Ada aktiviti regangan yang menarik. Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun-akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas-kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.
Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini. Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini. Berbaloi saya memandu jauh - jauh. Insya Allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.
Alhamdulillah, perkongsian pengalaman dari Puan Zunairah Abd Ghani ini menggambarkan Bengkel Asas Akaun ini benar-benar bermanfaat.
Daftar segera untuk asas pengurusan akaun bisnes yang lebih terancang dan bersistematik. Untuk pendaftaran, hubungi saya;
Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D