Ahad, 21 September 2014

Cuti Sekolah Pertama Dalam Sejarah

Cuti sekolah yang bermula 13 September yang lalu bakal melabuhkan tirainya besok bersamaan hari Ahad 21 September 2014. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dek mengambil kesempatan masa emas bersama keluarga, hari ini saya berkesempatan menarikan jemari untuk nukilan ringkas di Jurnal Inspirasi ini.

Sesungguhnya ini adalah cuti sekolah paling bersejarah semenjak bergelar ibu kepada anak-anak yang bersekolah. Ini adalah cuti sekolah pertama saya tidak perlu memohon cuti dari ketua Jabatan. Cuti sekolah pertama tanpa ada risau cuti lulus atau tidak. Cuti sekolah pertama tanpa saya melalui saat-saat di mana jasad saya di pejabat tetapi jiwa saya melayang ke rumah. Subhanallah.. Cuti sekolah kali ini masa saya benar-benar hanya bersama anak-anak. Syukur alhamdulillah..

Terasa nikmat yang tidak terhingga menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Oh ya, kepada yang baru kali pertama singgah di blog ini jemput membaca entry perkenalan dari saya di SINI (klik). Ada perkongsian tentang cuti tanpa gaji daripada saya.


naik kereta kuda di pantai batu buruk terengganu


Ini  salah satu aktiviti kami semasa cuti sekolah. Jalan-jalan naik kereta kuda di Pantai Batu Buruk, Terengganu.. InsyaAllah, cerita penuh tentang percutian kami di Terengganu Darul Iman akan saya nukilkan kemudian diblog santai saya Jemari Asmara.

Salam sayang;
Zefa NorAsmara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D