Teks: Zefa Nor Asmara Jubir
Foto: www.abangensem.com
Semasa saya masih bekerja, saya sering terdedah dengan majlis-majlis ilmu. Kursus, bengkel, seminar, ceramah agama, mesyuarat pagi, majlis ilmu anjuran jabatan, malah tugas saya sendiri menyampaikan ilmu melalui ceramah-ceramah yang saya sampaikan. Setiap kali kita menyampaikan ilmu, setiap kali jugalah kita menambah ilmu sebenarnya.
Bila saya bertukar status menjadi seorang suri yang hidup sehariannya adalah di rumah, saya sedikit tersembunyi dengan majlis dan program sedemikian. Tetapi saya berusaha memastikan saya tidak sunyi dari majlis ilmu. Semalam 07 September 2014, mengambil kesempatan suami tidak bekerja dan ada yang mengawasi anak-anak, saya hadir seminar hartanah.
Seminar hartanah anjuran seorang blogger hartanah tersohor di Malaysia..
Lantas ada yang bertanya, mengapa Seminar Hartanah? Sedangkan saya tidak berlatar belakang kan hartanah pun. Maka kata kunci bagi jawapan saya ialah 'mencari ilmu'. Suri wajib cintakan ilmu. Tidak kiralah apa cabang ilmu berkenaan, selagi ia boleh dikaitkan dengan kehidupan, ia adalah ilmu yang bermanfaat.
Ini status FB saya semalam sebelum kelas bermula..
Setelah selesai kelas, alhamdulillah saya bukan sahaja dapat ilmu baru, malah kawan baru dan semangat baru. Secara tidak langsung, kelas ini menaikkan semangat saya untuk lebih gigih berusaha dalam bisnes saya. Jika sebelum kelas saya membayangkan rumah ketiga, selepas kelas saya mula membayangkan pula mendiami rumah sendiri tanpa bebanan hutang. Semangat saya mahu menjana pendapatan lebih banyak walau dari rumah mendadak naik 200%!
Wah! Besar sungguh peranan sebuah majlis ilmu, walaupun pada zahirnya ia seperti tiada kaitan dengan kita. Baiklah, saya tidak mahu bercerita panjang lagi kerana saya hanya mahu membawa mesej, Suri Wajib Cintakan Ilmu. Mari sama-sama kita terus mencari peluang dan ruang untuk terus cintakan ilmu.
Sekiranya mahu tahu lebih lanjut tentang seminar hartanah yang saya hadiri, jemput baca entry santai saya Seminar Hartanah Awek bersama Abang Ensem di Jemari Asmara.
Suri cintakan ilmu adalah suri penuh informasi.
Salam sayang;
Zefa Nor Asmara Jubir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D