Selasa, 2 September 2014

Menjadi Suri Harus Mampu Berdikari

Teks: Zefa Nor Asmara Jubir
Foto: Zefa Nor Asmara Jubir

Minggu lepas saya menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari bapa saya. Mak tak sihat katanya. Saya tanpa fikir panjang, selesai urusan anak-anak ke sekolah sesi petang saya memandu pulang ke kampung dengan izin suami.

Sepanjang perjalanan saya tak henti-henti merafa'kan rasa syukur pada Ilahi, dengan status saya yang sedang bercuti tanpa gaji sekarang ini lah maka saya boleh melawat kedua ibu bapa saya bila-bila masa sahaja. Jika saya sedang bekerja sekarang ini, pasti saya terpaksa memendam rasa sehingga hujung minggu.

Menjadi suri harus mampu berdikari.

Tetapi, jika saya tidak bekerja sekalipun sekiranya saya tidak mampu berdikari pasti saya tidak akan kemana-mana bukan? Terpaksa perlu bergantung dan menunggu suami pula untuk sebarang urusan. 

Dalam kisah saya, oleh kerana saya mampu berdikari, alhamdulillah saya boleh pulang ke kampung sendiri tanpa menjejaskan tugas pejabat suami dan sesi persekolahan anak-anak. Saya selesaikan semua urusan anak-anak ke sekolah dan suami akan jemput mereka di sekolah selesai waktu pejabat.

Suri perlu pandai memandu

Zaman sekarang, memiliki kenderaan dan mampu memandu telah menjadi satu keperluan. Walaupun penggunaan kenderaan awam itu masih praktikal, penggunaan kenderaan sendiri adalah penting terutama dalam waktu-waktu kecemasan.

Suri yang pandai memandu punya kelebihan sendiri. Jika bekerja mereka boleh memandu sendiri ke tempat kerja, atau pun jika tidak bekerja boleh menghantar anak-anak ke sekolah, pergi ke kedai membeli keperluan, atau pun untuk urusan perniagaan.

Alhamdulillah, saya bersyukur saya boleh memandu.

Menjadi suri jangan terlalu bergantung pada suami

Saya selalu berhadapan dengan banyak kisah, tentang suri-suri yang akhirnya 'patah kaki' bila ketiadaan suami. Salah satu kisah, seorang isteri yang ditinggal suami kembali kepada Penciptanya secara mengejut.

Beliau tidak boleh memandu, mahu menaiki kenderaan awam juga tidak tahu, malah hidupnya menjadi huru hara kerana dia tidak tahu bergantung harap pada siapa pula. Beliau mengambil masa agak lama untuk bangkit dalam kehidupan sebab semua urusan tidak tahu kerana terlalu bergantung dengan suami sepanjang hayatnya masih ada. 

Suri berdikari penyokong prestasi suami

Satu lagi kisah sebagai pengajaran bersama, seorang isteri yang tidak pandai memandu. pergi dan balik kerja erpaksa dijemput suami. Kesannya prestasi kerja suami terjejas, arahan kerja lebih masa tidak dapat dilakukan, arahan kerja luar kawasan juga gagal dituruti, malah mahu berkursus juga menjadi satu masalah besar. Hanya kerana masalah, isteri tidak pandai memandu dan perlu bergantung pada suami untuk pergi dan balik kerja.

Redha Allah di atas Redha Suami

Memegang status suri berkerjaya, suri bekerja di rumah, mahupun surirumah sepenuh masa yang berdikari bukanlah tiket untuk kita membelakangkan suami. Segala tindak tanduk kita wajiblah dengan izin suami dan perlunya kita menjaga maruah diri kerana redha Allah swt di atas redha suami

Ibnu Jarir, Ibnu al-Munzir, Ibnu Abu Hatim, at-Thabari, al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sebaik-baik wanita (isteri) adalah yang menyenangkanmu bila kamu memandangnya, yang menurutimu jika kamu perintah, serta yang menjaga dirinya dan hartamu jika kamu pergi keluar rumah."

Sama-samalah kita berusaha menjadi seorang isteri yang menyenangkan suaminya.



Sekadar gambar hiasan..

Inilah kereta comel saya yang berjasa membawa saya pergi dan balik kerja suatu masa dahulu. Sekarang untuk hantar dan ambik anak sekolah, pergi kekedai atau pasar, membawa saya berjumpa pelanggan, mengambil stok barang dagangan, mahupun menghantar pesanan pelanggan melalui khidmat Pejabat Pos..

Terima kasih Viva Elite ku sayang. Kamu penyumbang besar hingga saya mampu jadi sebahagian suri berdikari. Kamu menjadi saksi sepanjang saya menjadi suri berkerjaya, dan kini suri yang bekerja di rumah.



Untuk boleh berdikari, suri harus berani. Menjadi berani, kita perlukan inspirasi.

Memperkenalkan Ebook Super WAHM Super Mom (Urus Masa - Urus Tenaga - Urus Rumahtangga) tulisan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR). Ebook ini sarat dengan info, maklumat penting, motivasi dan inspirasi untuk menjadi seorang suri yang 'super'!

Ebook ini mengandungi 8 Bab termasuk kisah inspirasi pengalaman 11 suri dari pelbagai latar belakang & pekerjaan yang dirangkum semuanya dalam Bab 3 sahaja. Paling menarik adalah di Bab ke 8 yang membincangkan tips motivasi surirumah terhebat! Untuk tahu apa yang tertulis dari Bab 1 hingga Bab 8, dapatkannya sekarang juga.

Tidak kira apa status anda, samada suri berkerjaya, suri rumahtangga sepenuh masa mahupun WAHM, ebook ni harus anda baca. Ebook ini sarat dengan info, maklumat penting, motivasi dan inspirasi.

Ebook hebat ini hanya RM25.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk menjadi seorang suri yang bermotivasi tinggi!

Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).

Sekiranya anda perlukan bimbingan sertai mana-mana kelas online kami dan seorang guru online bertugas akan membantu anda. Dapatkan info pakej kelas online DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian hubungi saya:
Zefa Nor Asmara Jubir
Pengurus Online
Akademik Bekerja Di Rumah
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Whatsapp: 011-11537821

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih meninggalkan jejak di sini :D